A- A A+

Berita & Aktiviti Terkini

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Pada 19 Mei 2016 (Khamis), Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Kali Ke-45 Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2016 bertempat di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah,Kelantan. Majlis ini dirasmikan oleh YB. Dato' Haji Mohd Amar Bin Nik Abdullah (Timbalan Menteri Besar Kelantan), turut hadir dalam majlis ini adalah exco-exco kerajaan negeri kelantan, guru-guru dan para pelajar Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah. Berikut adalah beberapa gambar semasa majlis berlangsung.

 

 

 

 

 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

11 Januari 2018 - Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Pelancaran Petak Kajian Pokok Eucalyptus Negeri Kelantan yang bertempat di Hutan Simpan Sungai Betis, Gua Musang, Kelantan yang telah dirasmikan oleh YAB. Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Negeri Kelantan. telah berakhir pada jam 12.00 Tengahari. Berikut adalah beberapa gambar semasa majlis berlangsung.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

28 Julai 2016 - Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Pusat Biodiversiti (Bio-D), Tumpat, Kelantan. Majlis bermula pada jam 12.00 Tengahari yang mana ianya turut dihadiri oleh warga Majlis Daerah Tumpat. Di samping itu, Tuan Haji Zahari Bin Ibrahim selaku Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan telah memberi sumbangan hari raya kepada anak - anak yatim. Terdapat empat khemah yang menyediakan pelbagai juadah yang istimewa yang terdiri dari juadah dari Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Barat, Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Timur dan Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Selatan. Antara juadah yang disediakan ialah mee kari, kambing bakar, laksa penang, bihun dan sebagainya. Majlis ini telah berlangsung dengan begitu meriah sekali dan telah berakhir pada jam 2.00 Petang. Berikut adalah beberapa gambar semasa majlis berlangsung.

 

 

 

 

 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 

26 Julai 2016 (Selasa) - En. Razali Bin Abdu Raman selaku Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan) dan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah menerima Anugerah Kecemerlangan Penggunaan E-Galeri pada Seminar ICT Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Kelantan 1437H/2016M yang telah diadakan di Dewan Teratai. Anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Tahniah di atas pencapaian tersebut.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

28 Julai 2016 - Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah mengadakan Program Penghijauan Dan Pengindahan Bandar Tumpat bertempat di Taman Kemahkotaan, Bandar Tumpat, Kelantan. Program ini bermula jam 8.30pagi dan berakhir pada jam 11pagi. Program ini turut menjemput kakitangan Majlis Daerah Tumpat untuk bersama-sama mengindahkan lagi bandar Tumpat dengan bersama-sama menanam pokok. Berikut adalah beberapa gambar semasa program tersebut.

 

 

Search