A- A A+

Sejarah

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan ditubuhkan pada tahun 1958 dengan perlantikan En. D.S. Lawson sebagai Pegawai Hutan Negeri yang pertama. Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Kelantan Darul Naim dalam mengurus dan mentadbir kawasan berhutan yang terdapat di negeri ini. JPNK mengamalkan konsep Pengurusan Hutan Secara Berkekalan dengan penekanan kepada aspek ekologi dan alam sekitar bagi menjamin perolehan hasil secara berkekalan. Matlamat utama JPNK adalah untuk menjadi sebuah agensi terunggul dalam mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan selaras dengan wawasan jabatan. Oleh itu, bagi merealisasikan matlamat tersebut JPNK turut memperolehi nasihat teknikal dan profesional dari Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia di dalam semua aspek pengurusan hutan, pembangunan perindustrian kayu kayan, latihan dan pendidikan tentang faedah-faedah hutan selaras dengan kehendak – kehendak Dasar Perhutanan Negara.

Search