Perjalanan Ke Sana

Pelancong boleh memandu sendiri atau menggunakan pengangkutan awam (teksi) ke Kuala Koh daripada Gua Musang, Kelantan. Terdapat juga jalan ke pintu masuk ini melalui jalan utama Gua Musang - Kuala Krai - Kota Bharu.

Permit Dan Lesen

Setiap pelancong mesti mendapatkan permit masuk dengan harga RM1.00 seorang. Harga lesen memancing ialah RM10.00 setiap satu joran dan lesen kamera ialah RM5.00 setiap satu unit kamera.

Penginapan

Terdapat 6 buah syele dan sebuah asrama yang mempunyai 74 katil. Sewa untuk setiap syele ialah RM40.00 satu malam dan asrama RM12.00 seorang. Sewa untuk berkhemah ialah RM1.00 seorang. Urusan penginapan kini di bawah pengurusan pihak swasta.

Untuk maklumat lanjut mengenai penginapan dan aktiviti serta tempahan, sila hubungi Nik Nora, Pengurus Resort Taman Negara Kuala Koh di talian 012-9654788.

AKTIVITI REKREASI

Pemerhatian Burung

  • Terdapat lebih daripada 300 spesies burung di Taman Negara.
  • Pemerhati burung yang berpengalaman berkemungkinan untuk memerhati 150 spesies burung untuk jangka masa beberapa hari sahaja.

Memancing

  • Terdapat beberapa kawasan memancing yang baik di sini.
  • Walau bagaimanapun, memancing ditegah di beberapa buah sungai kerana sungai ini telah dikhaskan sebagai kawasan pembiakan untuk sesetengah spesies ikan.

Fotografi

  • Taman Negara merupakan syurga kepada juru foto kerana di sini terdapat kecantikan yang semula jadi dan kepelbagaian flora dan fauna.

Rintis Hutan

  • Terdapat beberapa rintis interpretasi di Kuala Koh. Salah satunya merentasi sungai dan pelancong terpaksa berjalan melalui sebuah jambatan gantung.

Berkayak

  • Sungai yang jernih di Kuala Koh menjadikan kawasannya sesuai untuk berkayak.

Titian Kanopi

  • Lihatlah Taman Negara daripada atas titian kanopi.
  • Bayaran RM5.00 bagi orang dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak dikenakan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pejabat PERHILITAN
Jajahan Gua Musang
Wisma Persekutuan

.

Taman Negara Kelantan, Kuala Koh 
18300 Gua Musang, Kelantan
Tel : 09-928 2952
Emel/EmailAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.