Kursus Pendalian Jentera Berat Beroda & Berantai Anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Dengan Kerjasama Pusat Latihan Perhutanan Terengganu

 

Kuala Berang - Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Pengendalian Jentera Berat Beroda & Berantai Anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Dengan Kerjasama Pusat Latihan Perhutanan Terengganu pada 30 Jun hingga 04 Julai 2013 bertempat di Pusat Latihan Perhutanan Terengganu. Seramai 40 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada Renjer Hutan, Pengawas Hutan dan Pekerja Rendah Awam Khas. Kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan dalam bidang pengendalian jentera berat serta meningkatkan kefahaman tentang tatacara pengendalian operasi, pemeriksaan dan penyelenggaraan. Pendedahan yang lebih terperinci akan membantu kakitangan untuk menjalankan tugas dengan lebih berkesan.