Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan merupakan agensi dibawah pengurusan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang telah diberi bertanggungjawab untuk memelihara dan membangunkan khazanah sumber hutan negeri. Jabatan ini terbahagi kepada tiga Bahagian iaitu Pentadbiran dan Kewangan, Pembangunan Hutan dan Operasi serta disokong oleh tiga Pejabat Hutan Jajahan. Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan diketuai oleh Pengarah Perhutanan Negeri dan dibantu oleh tiga Timbalan Pengarah Perhutanan dan tiga Pegawai Hutan Jajahan.  Bilangan kakitangan pada tahun 2017 adalah berjumlah seramai 334 orang.

 

Fungsi Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dibahagikan mengikut Unit yang telah ditetapkan seperti berikut :-

UNIT PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HUTAN

  • Menyediakan laporan bulanan / SUK tahunan / tahunan di bawah program pembangunan Hutan dan mengkaji keberkesanan kos projek-projek yang dilaksanakan.
  • Menyediakan anggaran belanjawan tahunan pembangunan hutan berasaskan program Rancangan Malaysia yang telah ditetapkan.
  • Menyediakan Rancangan Pengurusan Hutan serta memantau pelaksanaan Program Pembangunan Hutan dan Rancangan Tebangan dan Rawatan Tahunan (RTRT) selaras dengan kehendak KPI Tahunan yang diluluskan.
  • Menyediakan Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan kertas kerja mengenai pengurusan hutan.
  • Menjalankan dan memantau projek-projek khusus sepertti kajian tumbesaran, kajian kawasan tadahan air, Inventori Sebelum Tebangan ( Pre - F ), Inventori Hutan Nasional dan Penandaan Pokok.
  • Menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam teknologi maklumat dan GIS supaya menepati kehendak Jabatan.

 UNIT SILVIKULTUR DAN PERLINDUNGAN HUTAN

  • Menyediakan anggaran belanjawan tahunan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (KWPH) berasaskan Program Rancangan Malaysia yang telah ditetapkan.
  • Merancang dan melaksanakan Inventori Selepas Tebangan ( Post - F ) dan rawatan silvikultur.
  • Menjalankan dan memantau projek-projek khusus seperti Hutan Tani, VJR, Arboretum Kepelbagaian Biodiversiti, dan Pengamatan Fenologi.
  • Menyediakan dan melaksanakan pelan perlindungan, kawalan dan pencegahan penyakit dan kebakaran.
  • Melaksanakan dan memantau aktiviti-aktiviti ladang hutan dan membaik biak pokok serta kegiatan tapak semaian dan petak-petak kajian / Penyelidikan

 UNIT KEJURUTERAAN HUTAN

  • Memantau pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur supaya selaras dengan spesifikasi yang ditetapkan.
  • Menyediakan khidmat nasihat dan bantuan di dalam urusan berkaitan dengan kejuruteraan hutan, merancang pembinaan jalan hutan serta segala infrastruktur dan mengawal selia pembinaannya.
  • Menyediakan dokumen sebutharga , tender dan kontrak kerja-kerja yang berkaitan dengan kejuruteraan.
  •  Menyelenggara dan mengemaskini rekod-rekod infrastruktur Jabatan.
  • Menyediakan maklumat rancangan keperluan infrastruktur Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

UNIT PERINDUSTRIAN DAN PENGUSAHASILAN HUTAN

  • Menyediakan dokumen-dokumen perlesenan Industri Berasas Kayu serta memantau aktiviti-aktiviti berkenaan selaras dengan Enakmen Industri Berasas Kayu.
  • Mengendalikan Peperiksaan Jabatan dan aktiviti-aktiviti latihan kepada kakitangan Jabatan ini.