Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) merupakan agensi yang bertanggungjawab mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber hutan di Semenanjung Malaysia. Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan komited untuk memenuhi keperluan standard MS ISO 9001:2008 "Pengurusan Pengeluaran Kayu Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpan Kekal".

Dasar Kualiti JPSM adalah untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam "Pengurusan Pengeluaran Kayu Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpan Kekal" supaya dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa, kaedah dan peraturan-peraturan untuk memenuhi kehendak pelanggan.

Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 JPSM melibatkan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia dan lapan (8) Jabatan Perhutanan Negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu.

 

Sebanyak lima (5) Dokumen Kualiti telah disediakan iaitu:


1. Manual Kualiti

2. Prosedur Kualiti (Proses) Aktiviti-aktiviti Sebelum Pengusahasilan Hutan

3. Prosedur Kualiti (Proses) Aktiviti-aktiviti Pengusahasilan Hutan

4. Prosedur Kualiti (Proses) Aktiviti-aktiviti Selepas Penguasahasilan Hutan

5. Prosedur Kualiti (Sokongan)

 

Proses utama Sistem Pengurusan Kualiti JPSM dilaksanakan mengikut turutan berikut :

 

1. Penetapan dan Pemantauan Catuan Tebangan Tahunan

2. Penandaan dan Pengesahan Sempadan Kawasan Kerja

3. Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) dan Penentuan Had Batas Tebangan

4. Penandaan Pokok

5. Pengusahasilan Hutan

6. Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) dan Penentuan Jenis Rawatan Silvikultur

7. Rawatan Silvikultur Memotong Akar Pepanjat (CL) dan Tanaman Mengaya

 

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 JPSM berkuatkuasa pada 6 April 2012.

Polisi Keselamatan IPPSM 2012

 

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah berjaya mendapat pensijilan MS ISO 9001:2008 JPSM (AJAMY13/1438) yang berkuatkuasa dari 29 Ogos 2013 hingga 28 Ogos 2016