FUNGSI BAHAGIAN / UNIT JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengawalan pengusahasilan, kutipan hasil hutan dan pembangunan sumber hutan negeri Kelantan. Jabatan ini juga bertanggungjawab merancang dan menyelaraskan pembangunan industri berasas kayu. Jabatan menggunapakai khidmat teknikal dan dasar perhutanan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM). JPNK dibahagikan kepada Bahagian Operasi Hutan dan Pembangunan Hutan serta disokong oleh Pejabat Hutan Jajahan.