Bertanggungjawab merancang, melaksana dan memantau aktiviti – aktiviti pengurusan hutan dan silvikultur, penyediaan dan pelaksanaan Rancangan Pengurusan Hutan serta projek pembangunan hutan di peringkat negeri. Terdapat tiga (3) Unit di bahagian ini iaitu Unit Perancangan dan Pengurusan Hutan, Unit Silvilkultur dan Perlindungan Hutan, dan Unit Kejuruteraan Hutan.

UNIT PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HUTAN

  • Menyediakan laporan bulanan / SUK tahunan / tahunan di bawah program pembangunan Hutan dan mengkaji keberkesanan kos projek – projek yang dilaksanakan.
  • Menyediakan anggaran belanjawan tahunan pembangunan hutan berasaskan program Rancangan Malaysia yang telah ditetapkan.
  • Menyediakan Rancangan Pengurusan Hutan serta memantau pelaksanaan Program Pembangunan Hutan dan Racangan Tebangan dan Rawatan Tahunan (RTRT) selaras dengan kehendak Kup Tahunan yang diluluskan.
  • Menyediakan Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan kertas kerja mengenai pengurusan hutan.
  • Menjalankan dan memantau projek – projek khusus sepertti kajian tumbesaran, Kajian kawasan tadahan air, Inventori Sebelum Tebangan (Pre – F), Inventori Hutan Nasional dan Penandaan Pokok.
  • Menyelaraskan aktiviti – aktiviti yang dijalankan dalam teknologi maklumat dan GIS supaya menepati kehendak Jabatan.

UNIT SILVIKULTUR DAN PERLINDUNGAN HUTAN

  • Menyediakan anggaran belanjawan tahunan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (KWPH) berasaskan Program Rancangan Malaysia yang telah ditetapkan.
  • Merancang dan melaksanakan Inventori Selepas Tebangan (Post – F) dan rawatan silvikultur.
  • Menjalankan dan memantau projek – projek khusus seperti Hutan Tani, VJR, Arboretum Kepelbagaian Biodiversiti, Pengamatan Fenologi.
  • Menyediakan dan melaksanakan pelan perlindungan, kawalan dan pencegahan penyakit dan kebakaran.
  • Melaksanakan dan memantau aktiviti – aktiviti ladang hutan dan membaik biak pokok serta kegiatan tapak semaian dan petak – petak kajian / Penyelidikan

UNIT KEJURUTERAAN HUTAN

  • Memantau pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur supaya selaras dengan spesifikasi yang ditetapkan.
  • Menyediakan khidmat nasihat dan bantuan di dalam urusan berkaitan dengan kejuruteraan hutan, merancang pembinaan jalan hutan serta segala infrastruktur dan mengawal selia pembinaannya.
  • Menyediakan dokumen sebutharga , tender dan kontrak kerja – kerja yang berkaitan dengan kejuruteraan.
  • Menyelenggara dan mengemaskini rekod – rekod infrastruktur Jabatan.
  • Menyediakan maklumat rancangan keperluan infrastruktur Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.