Persijilan Pengurusan Hutan

Terdapat dua program persijilan hutan yang digunapakai di Malaysia: iaitu persijilan yang dijalankan oleh MTCC dan ‘Forest Stewardship Council’ (FSC). MTCC dikendalikan oleh kerajaan Malaysia manakala FSC adalah badan persijilan antarabangsa yang dikendalikan oleh badan bukan Kerajaan (NGO). Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, sebagai sebuah agensi kerajaan menggunapakai persijilan yang dikendalikan oleh MTCC untuk program persijilan bagi perhutanan negeri Kelantan. 

Piawaian program persijilan hutan MTCC pada asalnya adalah diselaraskan daripada kriteria dan petunjuk yang digariskan oleh International Tropical Timber Organization (ITTO)’s. Peringkat awal piawai MTCC adalah merujuk kepada MC&I (2001). Pada 2003, JPNK mendapatkan khidmat SIRIM QAS International Sdn Bhd, sebuah badan penilai bebas yang berdaftar dengan MTCC untuk menjalankan audit perhutanan bagi negeri Kelantan. Seterusnya setelah menjalani audit susulan, dan setelah mematuhi kehendak-kehendak piawaian MC&I, pihak JPNK dianugerahkan sijil pengurusan hutan oleh MTCC pada tahun 2004. Penilaian susulan pertama dibuat pada tahun 2005 dan yang kedua pada tahun 2006. Kemudian pada tahun 2007, pihak MTCC telah mengemaskini piawai persijilan dan mengeluarkan piawai yang baru iaitu MC&I (2002) untuk menyesuaikan dengan format dan struktur yang diguna pakai oleh FSC. Piawai yang diubahsuai mengandungi 9 Prinsip, 47 Kriteria dan 96 Petunjuk (Indicator), yang mengambil kira isu-isu perundangan, sumber, hak pribumi, hak pekerja, kepelbagai-gunaan sumber, pengurusan hutan, kesan impak persekitaran dan HCVF. Sekali lagi SIRIM QAS International Sdn Bhd dilantik untuk menjalankan penilaian hutan berdasarkan kepada piawaian baru MC&I (2002) pada tahun 2006. Setelah menjalani proses penilaian tersebut, pada tahun 2008, JPNK telah dianugerahkan sijil pengurusan hutan. Pada tahun 2009, pihak MTCC telah mengubah pengurusan institusi badan piawaian dimana setiap FMU dibenarkan untuk memohon terus kepada Badan Pensijilan seperti SIRIM QAS International Sdn Bhd untuk menjalankan penilaian persijilan pengurusan hutan tanpa melalui MTCC sebagaimana sebelumnya. MTCC bertindak sebagai Badan Pengawalan Kebangsaan atau National Governing Body (NGB) yang menguruskan MTCS. Badan Pensijilan akan mengendalikan audit ke atas UPH berdasarkan kepada piawai yang disediakan oleh MTCS iaitu MC&I (2002). Badan Pensijilan pula akan di akreditasi oleh Standards Malaysia yang bertindak sebagai Badan Akreditasi Kebangsaan (National Accreditation Body). Peraturan ini akan memberi lebih ketelusan dan kepercayaan (credibility) kepada MTCS. 

Di bawah skim MTCS, terdapat dua jenis Ketidakakuran (non-compliance) yang diberikan iaitu: Major Non-Compliance (NC) dan Minor NC. Dimana bila Major NC diberikan semasa penilaian bermakna persijilan tidak dapat dikeluarkan tetapi seberapa banyak Minor NC tidak akan menjejaskan UPH disijilkan. Natijahnya, JPNK telah dikehendaki menjalankan penilaian semula secara keseluruhan berdasarkan kepada piawai MC&I (2002). Untuk tujuan itu, SIRIM QAS International Sdn Bhd yang telah diiktiraf sebagai Badan Pensijilan telah diberikan tugas untuk menjalankan penilaian pada tahun 2009 (Peringkat I) dan 2010 (Peringkat II). Ekoran verifikasi penilaian pada tahun 2010, JPNK telah dianugerahkan sijil MC&I (2002) pada tahun 2011.

Senarai terperinci piawaian, jenis dan tarikh penilaian yang dilaksanakan ke atas FMU Negeri Kelantan dan Major dan Minor NC berkenaan adalah sebagaimana di Jadual 20. Di bawah piawai MC&I (2001), sejumlah 16 NC dikeluarkan, 3 Major NC dan 13 Minor NC. Berdasarkan NC yang diterima, 3 perkara kritikal yang dititikberatkan ialah (i) impak ke atas tanah dan sumber air serta pembinaan jalan dan lorong penarik yang tidak memuaskan, (ii) ketiadaan bukti yang menunjukkan keadaan dirian tinggal dan pertumbuhan yang mencukupi selepas pengusahasilan (iii) ketidak-cukupan perlindungan dan pemuliharaan ke atas kawasan perlindungan dan tiada petunjuk berkaitan spesies terancam dan spesies yang jarang ditemui. Sedangkan di bawah piawai MC&I (2002) – yang lebih tegas, sejumlah 21 NC dikeluarkan, mengandungi 2 Major dan 19 Minor. Perkara yang dititikberatkan dalam NC tersebut ialah (i) pembinaan jalan tuju dan lorong penarik yang tidak mematuhi kaedah RIL, (ii) penandaan dan selenggaraan HCVF tidak disempurankan, (iii) pembaziran produk disebabkan kayu balak yang tidak diambil. Jika dibandingkan NC yang diperolehi berdasarkan piawai MC&I (2002) dengan MC&I (2001), perkara utama yang dititikberatkan iaitu pembinaan jalan tuju dan lorong penarik yang tidak sempurna dan kegagalan menggunakan kaedah RIL adalah masih sama, sedangkan isu HCVF dan pembaziran merupakan keperluan baru yang dimasukkan ke dalam piawai MC&I (2002). Sehubungan itu, pembinaan jalan tuju dan lorong penarik serta pemakaian kaedah RIL hendaklah diberi tekanan bagi pengusahasilan akan datang. Penyediaan garispanduan Pembinaan Jalan Hutan 2010 yang sedang digunapakai akan dapat membantu dalam menyelesaikan isu ini.

Jadual 20.  Major Dan Minor Non-Compliance Bagi MC&I (2001) Dan MC&I (2002) Dari 2003 – 2014.

Piawaian/ Tahun Penilaian

Prinsip

Ketidakakuran

 

Ciri-ciri Ketidakakuran

Major

Minor

MC&I (2001)/

Main Assessment -  2003-2004

2.     Keselamatan Sumber Hutan

 

1

  • Sempadan Luar Hutan Simpan

3.     Aliran Hasil Hutan

2

2

  • Pertumbuhan Lanjutan/Advance Growth
  • Dirian TInggal
  • Tebangan Berarah
  • Pokok Ibu

4.   Kepelbagaian Bio

 

3

  • Hutan Simpanan Hutan Dara
  • Hutan Simpanan Hutan Dara
  • Spesies Terancam/IUCN

5.   Tanah & Air

1

3

  • Pembinaan Lorong Penarik
  • Lorong Penarik & Alur Sungai
  • Penyelenggaran Jalan Tuju
  • Pembinaan Jalan

MC&I (2001)

1st Surveillance - 2005

1.     Kearah Pengurusan Hutan Mapan

 

1

  • Pemahaman Garis Panduan RIL

5.   Tanah & Air

 

1

  • Pembinaan Jalan Tuju

MC&I (2001)

2nd Surveillance - 2006

3.     Aliran Hasil Hutan

 

1

  • Dirian Tinggal & Pembalakan Impak Rendah. 

6.   Aspek Ekonomi/ Sosial dan Budaya

 

1

  • Tapak peradaban/Cultural Sites Orang Asli tidak dikenalpasti.

MC&I (2002)/ Main Assessment- 2007

3.     Hak-Hak Pribumi

 

1

  • Mengenalpasti dan melindungi kawasan kawasan peradaban Orang Asli

4.     Perhubungan Masyarakat dan Hak-Hak Pekerja

 

3

  • Keselamatan & Kesihatan pekerja
  • Bancian Impak Sosial
  • Penemuan bancian social impak tidak diperolehi.

6.     Impak Alam Sekitar

1

2

  • EIA tidak dijalankan
  • EIA tidak dimasukkan ke dalam RPH.
  • Pemakaian kaedah RIL

8.     Pemantauan & Penilaian

 

1

  • Tidak mengenalpasti kaedah pemantauan bagi impak social dan persekitaran.

9.     Penyelenggaran Hutan Yang Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi

 

4

  • Tiada rundingan dengan stakeholder
  • Pemantauan Tahunan HCVF tidak dilaksanakan
  • Penandaan kawasan HCVF tidak didokumenkan.
  • HCVF tidak dimasukkan ke dalam Ringkasan Awam (Public Summary).

MC&I (2002) - MTCS

Main Assessment Stage 1 – 2009 & Stage II – 2010

(New Arrangement with Sirim as CB)

5.     Faedah-Faedah daripada Hutan

 

2

  • Pembaziran produk – balak tidak diambil.
  • Pembalakan di kawasan perlindungan.

6.     Impak Alam Sekitar

 

3

  • Penglibatan minimal agensi lain seperti Perhilitan
  • Pembinaan dan Penyelenggaraan Jalan Tuju yang kurang.
  • Pekerja tidak cukup terlatih dalam penggunaan bahan kimia.

8.     Pemantauan & Penilaian

1

 

  • Rekod pergerakan balak tidak kemaskini dan tidak teratur.

MC&I (2002) - MTCS

1st Surveillance - 2011

6.     Impak Alam Sekitar

 

2

  • Pembianaan Jalan Tuju yang tidak sempurna
  • Sampah sarap yang terlalu banyak di dalam penampan sungai/alur air.

8.     Pemantauan & Penilaian

 

1

  • Balak dari kawasan ladang hutan diambilkira sebagai hasil pengeluaran dari kawasan diurus secara berkekalan.

Sumber: Public Summary of Kelantan FMU for Forest Management Certification 2004, 2005, 2007, 2008, 2010 & 2011.