Berita

11 Januari 2018 - Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Pelancaran Petak Kajian Pokok Eucalyptus Negeri Kelantan yang bertempat di Hutan Simpan Sungai Betis, Gua Musang, Kelantan yang telah dirasmikan oleh YAB. Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Negeri Kelantan. telah berakhir pada jam 12.00 Tengahari. Berikut adalah beberapa gambar semasa majlis berlangsung.

28 Julai 2016 - Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Pusat Biodiversiti (Bio-D), Tumpat, Kelantan. Majlis bermula pada jam 12.00 Tengahari yang mana ianya turut dihadiri oleh warga Majlis Daerah Tumpat. Di samping itu, Tuan Haji Zahari Bin Ibrahim selaku Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan telah memberi sumbangan hari raya kepada anak - anak yatim. Terdapat empat khemah yang menyediakan pelbagai juadah yang istimewa yang terdiri dari juadah dari Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Barat, Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Timur dan Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Selatan. Antara juadah yang disediakan ialah mee kari, kambing bakar, laksa penang, bihun dan sebagainya. Majlis ini telah berlangsung dengan begitu meriah sekali dan telah berakhir pada jam 2.00 Petang. Berikut adalah beberapa gambar semasa majlis berlangsung.

 

 

 

 

 

 

26 Julai 2016 (Selasa) - En. Razali Bin Abdu Raman selaku Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan) dan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah menerima Anugerah Kecemerlangan Penggunaan E-Galeri pada Seminar ICT Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Kelantan 1437H/2016M yang telah diadakan di Dewan Teratai. Anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Tahniah di atas pencapaian tersebut.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling KPPSM Bilangan 4 Tahun 2016 boleh didapati di pautan ini.

Klik sini.

Pada 4 Mei 2016 (Rabu) jam 8.30pagi hingga 1petang Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah mengadakan Pertandingan Syarahan Perhutanan Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Kali Ke-45 Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2016 bertempat di Maahad Ahmadi, Padang Siam, Tanah Merah. Seramai 12 orang pelajar maahad di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini turut dihadiri oleh guru dan 300 orang pelajar Maahad Ahmadi, Padang Siam bagi memeriahkan lagi majlis ini. Berikut adalah beberapa gambar semasa program ini.