A- A A+

Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

PENSIJILAN PENGURUSAN HUTAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Pensijilan pengurusan hutan adalah merupakan satu aktiviti yang penting di peringkat antarabangsa, khususnya dalam perdagangan produk-produk kayu-kayan. Ianya merupakan satu pengiktirafan sepenuhnya pematuhan kepada amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan ( PHSB) di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri-negeri Semenanjung Malaysia yang diuruskan untuk tujuan pengeluaran kayu-kayan.

Sungguhpun Pensijilan Pengurusan Hutan yang dilaksanakan kini lebih menjurus untuk memenuhi tuntutan dan kehendak pasaran pengguna antarabangsa (International Consumer Demand) dan penyertaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam Pensijilan Pengurusan Hutan pula adalah secara sukarela, namun penyertaan JPSM dan semua Jabatan Perhutanan Negeri dalam konteks ini adalah bertujuan untuk menzahirkan komitmen murni terhadap kepentingan pengekalan peranan dan sumbangan sumber hutan negara, terutamanya kawasan-kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) untuk dimanfaatkan oleh generasi masa kini dan masa hadapan.

Inisiatif ke arah Pensijilan Pengurusan Hutan mula dilaksanakan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1994 berdasarkan ITTO Criteria and Indicators For Sustainable Forest Management. Standard ini telah diuji pemakaiannya di negeri Pahang, Selangor dan Terengganu menerusi satu projek perintis kerjasama Malaysia – The Netherlands pada pertengahan tahun 1996. Hasil kajian projek perintis ini telah dibincangkan dalam beberapa forum yang diadakan pada tahun 1998 dan 1999. Beberapa faktor, pandangan atau perkembangan penting terhadap kriteria dan petunjuk telah diambilkira. Di antaranya termasuklah:

  • Penerimapakaian Dutch Minimum Standards oleh pihak The Netherlands sebagai standard pengurusan hutan yang baik;
  • Penerimapakaian ITTO Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management of Natural Tropical Forests, 1998 di Malaysia; dan
  • Hasil sesi-sesi rundingan di peringkat wilayah(region) dan nasional pada tahun 1999 untuk merumuskan satu standard bagi Pensijilan Pengurusan Hutan.

Output daripada perbincangan di forum-forum ini adalah penghasilan dokumen bertajuk Malaysian, Criteria, Indicators, Actitivies and Standards of Performance (MC&I) for Forest Management Certification (Forest Management Unit Level), Peninsular Malaysia bertarikh 23 Disember 1999. Dokumen Standard ini lebih dikenali sebagai MC&I (2001). Secara ringkasnya, standard yang dibangunkan tersebut adalah seperti berikut:

KRITERIA INDIKATOR AKTIVITI PRESTASI STANDARDS
6 29 87 247

Penilaian untuk pelaksanaan Pensijilan Pengurusan ini telah dilaksanakan di empat Jabatan Perhutanan Negeri iaitu Johor, Pahang, Selangor dan Johor pada tahun 2000. Pada 24 Julai 2000 Majlis Perhutanan Negara Ke 15 telah bersetuju dengan pelaksanaan pensijilan pengurusan hutan di Malaysia.

Pada tahun 2001, dokumen standard Malaysian Criteria, Indicators, Activities and Standards of Performance (MC&I) for Forest Management Certification (Forest Management Unit Level), Peninsular Malaysia atau lebih dikenali sebagai MC&I (2001) telah digubal bagi tujuan pensijilan ini. Pada tahun 2002 lima (5) FMU iaitu Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu telah berjaya memperolehi Sijil Pengurusan Hutan berdasarkan standard MC&I (2001) diikuti oleh Johor dan Kedah pada 2003 dan Kelantan pada 2004.

Dokumen standard MC&I (2001) ini telah dibuat beberapa penambahbaikan berdasarkan kepada Prinsip dan Kriteria Forest Stewardship Council (FSC) dan dikenali sebagai Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification atau ringkasnya MC&I (2002). Standard MC&I (2002) ini telah dikemaskini semula selaras dengan hasil daripada maklumbalas dan pengalaman pelaksanaannya di lapangan dan telah digantikan dengan Standard MC&I (Hutan Asli) di bawah Programme for The Endorsement of Forest Certification Schemes (PEFC) melalui Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) dan diguna pakai mulai Januari 2013. Setelah dibuat perubahan dan penambahbaikan, Standard MC&I (Hutan Asli) dapat dirumuskan seperti berikut:

PRINSIP KRITERIA INDIKATOR VERIFIER
9 47 97 307

 

Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

 

Nama    : Puan NorSyazana Elyani Binti Mohd Nasir

Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

E-mel    : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Telefon  : 09-748 1957

Faks      : 09-747 328

Kadar pengguna: 4 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktif

Lagu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Dalam usaha untuk mencetus semangat patriotisme kepada negara dan meningkatkan mutu profesionalisme di kalangan kakitangan Jabatan, JPSM telah mencipta satu lagu Jabatan yang bertajuk Warisan Hijau. Lagu ini telah dicipta oleh s.Omar Osman dan liriknya ditulis oleh Hj. Mat Salledh bin Tambong, Pengarah Perhutanan Negeri Johor pada tahun 1993.

Warisan Hijau

Kau tumbuh menghijau

Melindungi gunung dan danau 

Warisan tanahairku

Berbangga segala jasamu

Sejuknya terasa

Hembusan bayu yang nyaman

Gagah tegak berdiri

Terunggul Sekitar alam

Bersama selamatkan hutan

Bersama menjaga indahnya

Warisan hijau masa hadapan

Kekal selamanya

Inilah wawasan

Meresap ke sanubari

Usaha terus membara

Hutan nikmat Ilahi

 

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

RASIONAL LOGO

Pola pokok-pokok yang berganda seperti yang digambarkan melalui susunan tiga pokok adalah bagi memaparkan pengurusan hutan yang terurus yang membolehkan pembangunan ekonomi yang mampan. Konfigurasi yang menaik memaparkan pengeluaran yang bertambah dan seterusnya mengukuhkan lagi keberkesanan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam usahanya untuk menzahirkan sistem pengurusan dan pemeliharaan hutan yang terus memberi manfaat kepada Negara dari segi ekonomi dan ekologi.

 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Di bawah Perkara 74(2) Perlembagaan Malaysia, perhutanan adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, setiap negeri berkuasa untuk menggubal undang-undang di sektor perhutanan dan dasar perhutanan tersendiri. Pihak Berkuasa Persekutuan hanya memberi nasihat dan bantuan teknikal kepada negeri, penyelenggaraan stesen-stesen percubaan dan demonstrasi, latihan dan penyelidikan.

Bagi memudahkan penyelarasan dan penyeragaman dalam bidang perhutanan, Majlis Perhutanan Negara (MPN) telah ditubuhkan pada 20 Disember 1971 oleh Majlis Tanah Negara (MTN). Dalam konteks ini, MTN diberi kuasa di bawah perlembagaan Malaysia untuk menggubal dasar kebangsaan bagi memajukan dan mengawal penggunaan tanah untuk perlombongan, pertanian dan perhutanan. MPN merupakan forum antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi membincangkan masalah dan isu berhubung dengan dasar perhutanan, pentadbiran dan pengurusan. Semua keputusan MPN perlulah disahkan oleh MTN. Tanggungjawab untuk melaksanakan keputusan MPN adalah menjadi tugas Kerajaan-Kerajaan Negeri kecuali jika ianya di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Dasar dan Perlembagaan

Pada tahun 1977, Dasar Perhutanan Negara (DPN) telah diluluskan oleh MPN dan kemudian disahkan oleh MTN pada 19 April 1978. Dasar tersebut telah dikaji semula pada 10 November 1992 atas kesedaran yang ditunjukkan oleh masyarakat dunia terhadap kepentingan pemeliharaan kepelbagaian biologi dan penggunaan sumber genetik secara berkekalan serta peranan masyarakat dalam pembangunan perhutanan. Penerimaan dasar tersebut merupakan suatu kejayaan memperkukuhkan asas perlembagaan dan mengeratkan kerjasama dan persefahaman di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pembangunan sektor perhutanan.

Selain dari Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) dan Akta Industri Berasaskan Kayu 1984 terdapat juga undang-undang lain yang penting dan ada kaitan dengan sektor perhutanan seperti :

  • Kanun Tanah Negara 1965.
  • Kanun Keseksaan (FMS Cap.45), 1948 (Pindaan 1993).
  • Kanun Acara Jenayah (FMS Cap.6), 1903 (Pindaan 1995)
  • Akta Keterangan 1950 (Pindaan 1993)
  • Akta Prosedur Kewangan 1967 (Pindaan 1993).
  • Enakmen Bekalan Air 1935.
  • Akta Perlindungan Tanah 1960.
  • Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Pindaan 1976 & 1988).
  • Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia 1973
  • Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1995).
  • Akta Taman Negara 1980 (Pindaan 1983).
  • Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Hutan Malaysia 1985.
  • Enakmen Perlombongan 1926.
  • Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  • Akta Biokeselamatan 2007.

Search

SEO - Laman Web Rasmi JPNK

MYHRMIS MOBILE
Mengenai Kami
Keluaran Utama Hasil Hutan dan Penggunaannya