Kadar Tumbesaran Hutan Pengeluaran Kelantan
Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah menubuhkan petak-petak kajian tumbesaran untuk mendapatkan kadar tumbesaran tempatan bagi Negeri Kelantan. Sejumlah 9 petak telah ditubuhkan iaitu 3 di setiap Jajahan Hutan di negeri Kelantan. Petak-petak tersebut telah ditubuhkan bermula tahun 1992. Sehingga masa penyediaan Laporan Penganalisaan Peta Tumbesaran Negeri Kelantan, sebanyak 9 kali bancian atau pengukuran telah dijalankan. Maklumat lanjut berkaitan petak-petak tersebut di Jadual 1 (Masran et al., 2007).
Stoking petak-petak kajian adalah seperti di Jadual 2. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa dirian tinggal masih mempunyai jumlah pokok yang bersaiz >30cm ppd melebihi 32 pokok komersial yang dikehendaki SMS. Isipadu hutan juga adalah agak tinggi rata-rata melebihi 100 m3/ha dan juga sudah pulih seperti hutan asal dengan isipadu 300 m3/ha.
Jadual 1. Maklumat Petak-Petak Tumbesaran Di Negeri Kelantan
Lokasi |
Status Stoking Hutan |
Tahun setelah di balak |
Strata Pembalakan (Tahun) |
Kompt 2, HS Cabang Tongkat |
Sederhana |
55 |
>51 |
Kompt 1, HS Ulu Sat |
Miskin |
42 |
41-50 |
Kompt 17, HS Stong |
Miskin |
36 |
31-40 |
Kompt 60, HS Berangkat |
Baik |
33 |
31-40 |
Kompt 27, HS Cabang Tongkat |
Sederhana |
22 |
21-30 |
Kompt 51, HS Batu Papan |
Baik |
21 |
21-30 |
Kompt 262, HS Perias |
Baik |
25 |
21-30 |
Kompt 12, HS Bukit Hantu |
Miskin |
18 |
11-20 |
Kompt 113, HS Stong |
Sederhana |
17 |
11-20 |
Sumber: Masran et al. (2007)
Jadual 2. Stok Petak Kajian Tumbesaran Di Kelantan Untuk Pokok-Pokok ppd ≥ 30cm
Lokasi |
Pokok |
Isipadu (m3/ha) |
Kompt 2, HS Cabang Tongkat |
118 |
439.3 |
Kompt 1, HS Ulu Sat |
114 |
241.7 |
Kompt 17, HS Stong |
64 |
172.8 |
Kompt 60, HS Berangkat |
110 |
317.8 |
Kompt 27, HS Cabang Tongkat |
146 |
397.7 |
Kompt 51, HS Batu Papan |
120 |
285.5 |
Kompt 262, HS Perias |
166 |
331.6 |
Kompt 12, HS Bukit Hantu |
55 |
100.3 |
Kompt 113, HS Stong |
74 |
218.1 |
Purata |
107 |
278.3 |
Sumber: Masran et al. (2007)
Walau bagaimanapun, kualiti pokok dalam dirian tinggal tersebut adalah tidak begitu jelas. Adalah dikhuatiri sebahagian pokok-pokok bersaiz besar dalam dirian tinggal yang banyak menyumbang kepada isipadu keseluruhan, terdiri dari pokok yang tidak dibalak dalam operasi pembalakan yang lepas kerana kualiti kayu yang kurang baik atau telah mengalami kerosakan. Pokok seperti ini tidak akan menyumbang kepada pengeluaran pada pusingan tebangan giliran kedua.
Stoking pokok dan isipadu berdasarkan laporan kajian petak tumbesaran Kelantan adalah agak tinggi dibandingkan beberapa kajian lain (AIFM 1997, Yong 1998, Ismail 2010). Samsuddin (2010) telah menunjukkan bahawa stoking hutan pusingan kedua di dua kawasan kajian di HS Tekam, Pahang dan HS Cherul, Terengganu adalah agak rendah berbanding dengan hutan asal serta hutan dibalak di bawah Inventori Hutan Nasional Ke-3 (Rajah 1).
Rajah 1. Stoking Hutan Dibalak Di HS Cherul Dan HS Tekam Dibanding Dengan Hutan Dara Dan Hutan Dibalak Di Bawah Inventori Hutan Nasional Ke-3
Kajian tumbesaran di negeri Kelantan adalah berdasarkan analisa 9 petak kajian tumbesaran yang telah di bentuk pada tahun 1992 di mana 9 bancian telah dijalankan. Hasil analisa petak tersebut oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia menunjukkan bahawa tumbesaran hutan yang telah dibalak dibawah SMS, mengikut tren seperti yang dijangka di bawah SMS. Stok hutan masih 'significant' (Jadual 1) dan melebihi keperluan minima SMS, iaitu tidak kurang dari 32 pokok bersaiz sederhana dalam dirian tinggal. Memandangkan hutan dibalak yang dianalisa tersebut (Jadual 3) adalah kurang dari 17 tahun setelah dibalak, adalah dijangka bahawa semasa hutan tersebut berumur 30 tahun, pokok-pokok sederhana akan mencapai saiz besar >60cm untuk tebangan seterusnya. Jumlah isipadu dalam dirian tinggal juga adalah tinggi. Cuma yang tak dapat diketahui adalah kualiti pokok besar yang tinggal. Oleh yang demikian, adalah wajar dalam bancian dan analisa data seterusnya, maklumat kualiti pokok besar, terus diambil kira untuk mendapat anggaran stok yang lebih tepat. Kaum dipterokarpa juga didapati masih dominan dalam dirian tinggal. Keperluan stok yang mencukupi dan komposisi pokok adalah keperluan penting dalam SMS dan pencapaian pengurusan hutan secara berkekalan.
Memandangkan jumlah bilangan petak kajian yang kecil dan tidak menyeluruh, hasil kajian tumbesaran yang diperolehi dari 9 petak tersebut hanya boleh digunakan untuk panduan sahaja dan tidak memberi satu kepastian yang muktamat. Dengan demikian, dalam masa yang singkat ini, kajian tumbesaran lain perlu juga diambilkira dan dibuat perbandingan, sementara menunggu Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan menubuhkan lebih banyak petak tumbesaran.
Jadual 3. Perbandingan Stoking Isipadu Sebenar Dengan Standard Stoking Minima