A- A A+

Bahagian Operasi Hutan

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, penguatkuasaan undang – undang hutan, pelesenan Industri Berasas Kayu dan kutipan hasil hutan, menyelaras dan berhubung dengan Ibu Pejabat Perhutanan, Jabatan – Jabatan Perhutanan Negeri lain dan agensi berkaitan. Terdapat tiga (3) Unit di bahagian ini iaitu Unit Operasi dan Penguatkuasaan, Unit Siasatan dan Penguatkuasaan, dan Unit Industri dan Pengusahasilan Hutan.

UNIT OPERASI DAN PENGUATKUASAAN

  • Menjalankan penguatkuasaan undang – undang hutan sepertimana yang dikehendaki oleh Akta Perhutanan Negara 1984 dan Enakmen Industri Berasas Kayu 1985 serta Kaedah –Kaeadah Hutan dan peraturan – peraturan yang berkaitan.
  • Menjalankan kerja – kerja risikan terhadap kesalahan dan penerokaan hutan dan usaha mencegah pencerobohan kawasan Hutan Simpanan Kekal.

UNIT PENGUATKUASAAN (SIASATAN)

  • Membuka Kertas Siasatan (IP) dan menjalankan siasatan berkenanan dengan kes – kes kesalahan hutan mengikut peruntukan Akta Perhutanan Negara, Akta Industri Berasas Kayu dan perundangan – perundangan lain yang berkaitan.
  • Menjalankan siasatan khas dan pemeriksaan mengejut ke atas kawasan , individu , syarikat dan Industri Berasas Kayu yang disyaki terlibat dengan kes kesalahan hutan (Flying squad).
  • Merekod, mengumpul dan mengemukakan laporan status kemajuan bulanan penyiasatan bagi setiap kes kesalahan hutan.
  • Menjalankan program – program perhubungan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran orang awam dalam usaha mencegah kesalahan hutan terutamanya pembalakan haram dan industri berasaskan kayu beroperasi secara haram.

UNIT PERINDUSTRIAN DAN PENGUSAHASILAN HUTAN

  • Menyediakan dokumen – dokumen perlesenan Industri Berasas Kayu serta memantau aktiviti-aktiviti berkenaan selaras dengan Enakmen Industri Berasas Kayu.
  • Mengendalikan Peperiksaan Jabatan dan aktiviti – aktiviti latihan kepada kakitangan Jabatan ini.

Search

Mengenai Kami
Keluaran Utama Hasil Hutan dan Penggunaannya