A- A A+

Dasar Perhutanan Negara

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Majlis Perhutanan Negara telah meluluskan Dasar Perhutanan Negara pada tahun 1977 dan telah disahkan oleh Majlis Tanah Negara pada tahun 1978. Dasar ini telah dipinda pada November, 1992 bagi menangani isu-isu semasa yang telah dibangkitkan oleh masyarakat antarabangsa ke atas kepentingan pemeliharaan kepelbagaian biologi dan penggunaan sumber-sumber genetik dan juga peranan masyarakat tempatan ke atas pembangunan sumber-sumber genetik dan juga peranan masyarakat tempatan ke atas pembangunan hutan. Penerimaan Dasar Perhutanan negara ini akan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Kerajaan-kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam pembangunan sektor perhutanan. Aspek-akpek penting yang digariskan dalam Dasar Perhutanan Negara ialah:

    1. Mengisytiharkan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) kawasan-kawasan yang mencukupi dan strategik di seluruh negara, berasaskan kepada konsep penggunaan tanah yang rasional. HSK diklasifikasikan di bawah empat fungsi utama dan akan diurus sebagai:
    2. Menguruskan HSK supaya dapat memaksimumkan faedah-faedah sosial, ekonomi dan alam sekitar bagi kepentingan negara sejajar dengan prinsip-prinsip pengurusan secara berkekalan.
    3. Melaksanakan program pembangunan hutan yang terancang melalui operasi pemeliharaan dan pemuliharaan hutan berasaskan amalan-amalan silvikultur yang sesuai.
    4. Menggalakkan pengusahasilan serta penggunaan yang cekap dari kawasan hutan berhasil bagi faedah ekonomi yang maksimum bagi semua jenis keluaran hutan serta mengalakkan pembangunan perindustrian hutan bersesuaian dengan aliran sumber dan peluang-peluang pekerjaan.
    5. Menggalakkan pembangunan perindustrian hutan yang terancang ke arah penghasilan barangan siap dan separuh siap yang mempunyai nilai tokok bagi kegunaan tempatan dan eksport.
    6. Menggalakkan penyertaan bumiputra secara agresif dalam industri berasas kayu sejajar dengan dasar kerajaan.
    7. Menubuhkan ladang hutan dari spesies-spesies tempatan dan luar negeri bagi menampung bekalan kayu dari hutan asli.
    8. Meningkatkan penglibatan masyarakat tempatan secara aktif dalam pelbagai projek-projek pembangunan perhutanan dan mengekalkan penglibatan mereka dalam program-program hutan tani.
    9. Meningkatkan keluaran hasil hutan bukan kayu melalui amalan-amalan pengurusan secara saintifik dan berkekalan bagi menampung permintaan tempatan serta keperluan industri-industri berkaitan.
    10. Melaksanakan program latihan perhutanan yang komprehensif di semua peringkat sektor awam dan swasta bagi memastikan bilangan tenaga manusia terlatih mencukupi bagi memenuhi keperluan bidang perhutanan dan industri berasaskan kayu.
    11. Menggalakkan pelaburan swasta dalam pembangunan hutan melalui penubuhan ladang hutan kawasan persendirian.
    12. Mengendali dan menyokong program-program penyelidikan yang intensif dalam bidang perhutanan dan keluaran hutan bertujuan untuk meningkatkan faedah-faedah hutan secara maksimum.
    13. Menggalakkan pendidikan dalam perhutanan dan mengendalikan perkhidmatan-perkhidmatan publisiti dan pengembangan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap pelbagai faedah hutan.
    14. Memberi perlindungan kepada kepelbagaian biologi dan pengekalan kawasan yang mempunyai spesies flora dan fauna yang unik.
    15. Membentuk satu program perhutanan masyarakat bagi menampung kehendak masyarakat di dalam dan di luar bandar.
    16. Mengkhaskan kawasan khusus bagi pendidikan perhutanan dan kajian saintifik yang lain.
    17. Menjalin kerjasama antarabangsa yang lebih erat dalam bidang perhutanan bagi mendapat faedah melalui pemindahan teknologi dan pertukaran maklumat saintifik.

Pemahaman Mengenai Pindaan Akta Perhutanan Negara 1984 Dan Implikasi Pelaksanaannya

Search

Mengenai Kami
Keluaran Utama Hasil Hutan dan Penggunaannya