A- A A+

Objektif

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
  1. Untuk menguruskan sumber hutan negara secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar.
  2. Untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan.
  3. Untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan.
  4. Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat hutan, air dan tanah, dan penggunaannya secara berkekalan.
  5. Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang – kilang pemprosesan berasaskan keluaran hutan serta menambahkan aktiviti - aktiviti hiliran dengan nilai tambah yang tinggi.
  6. Untuk memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan.
  7. Untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat.
  8. Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negara, pertukaran wang asing dan peluang – peluang pekerjaan

Search

Mengenai Kami
Keluaran Utama Hasil Hutan dan Penggunaannya