A- A A+

Maklumat ISO 9001 : 2015

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Pengenalan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) merupakan agensi yang bertanggungjawab mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber hutan di Semenanjung Malaysia. Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam Pengurusan Pengeluaran Kayu Bulat Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli Di Hutan Simpanan Kekal supaya dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa, kaedah dan peraturan-peraturan bagi memenuhi kehendak pelanggan.

 

Skop Pelaksanaan

Dengan pelaksanaan SPK ini Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan komited dalam memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh pihak yang berkepentingan seperti KeTSA, Pihak Berkuasa Tempatan dan pelesen. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia percaya perkara ini dapat dicapai melalui penerapan budaya kerja yang memenuhi keperluan standard MS ISO 9001:2015 pada semua peringkat kakitangan dalam melaksanakan SPK yang berkesan dengan komitmen yang tinggi dari pengurusan atasan hingga ke peringkat bawahan.

Skop Pelaksanaan

SPK ini diguna pakai dan dilaksanakan di IPJPSM dan 7  Jabatan Perhutanan Negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Terengganu yang merupakan negeri-negeri pengeluar kayu utama di Semenanjung Malaysia. 5 Jabatan Perhutanan Negeri iaitu Selangor, Melaka, Perlis, Pulau Pinang serta 3 Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Labuan tidak termasuk dalam pensijilan ini kerana Jabatan Perhutanan Negeri di negeri-negeri tersebut tidak melaksanakan sepenuhnya aktiviti-aktiviti di bawah proses utama dalam pelaksanaan SPK JPSM ini.

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti

Aktiviti Proses Utama

Terdapat 9 aktiviti dalam proses utama SPK JPSM yang perlu dilaksanakan mengikut turutan seperti berikut:

(i) Penetapan dan Pemantauan Catuan Tebangan Tahunan

Keluasan kawasan yang diusaha hasilkan di dalam HSK adalah berdasarkan kepada Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang ditetapkan bagi setiap tempoh Rancangan Malaysia Lima Tahun.

(ii) Penandaan dan Pengesahan Sempadan Kawasan Kerja

Kawasan HSK yang akan diusaha hasil perlu ditanda dan disahkan sempadannya di lapangan.  Sijil Penandaan dan Pengesahan Sempadan dikeluarkan bagi menunjukkan bahawa sempadan kawasan kerja di lapangan telah ditanda dan disahkan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti susulan.  Aktiviti ini dijalankan secara Jabatan.

(iii) Penandaan dan Pengesahan Sempadan Kawasan Kerja Pengusahahasilan Hutan Secara Kontrak

Kawasan HSK yang akan diusaha hasil perlu ditanda dan disahkan sempadannya di lapangan.  Sijil Penandaan dan Pengesahan Sempadan dikeluarkan bagi menunjukkan bahawa sempadan kawasan kerja usaha hasil di lapangan telah ditanda dan disahkan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti susulan.  Aktiviti ini dijalankan secara kontrak.

(iv) Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) dan Penentuan Had Batas Tebangan

Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui kedudukan stok, kandungan, keadaan dan taburan semua pokok besar, kayu jaras, anak pokok dan anak benih supaya diketahui gambaran isi hutan yang sebenar. Maklumat daripada Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) akan digunakan untuk menetapkan had batas tebangan yang optimum.  Aktiviti ini dijalankan secara Jabatan atau secara kontrak.

(v) Penandaan Pokok

Penandaan Pokok dilaksanakan bertujuan untuk menetapkan pokok-pokok yang akan ditebang iaitu Pokok Tebangan, Pokok Jalan, Pokok Matau dan Pokok Kongsi serta pokok-pokok yang akan dikekalkan untuk tujuan pemeliharaan iaitu Pokok Ibu dan Pokok Perlindungan. Penandaan pokok untuk tebangan melibatkan penentuan arah tebangan supaya dapat mengurangkan kerosakan penebangan kepada dirian tinggal. Aktiviti ini dijalankan secara Jabatan atau secara kontrak.

(vi) Pengusahahasilan Hutan

Pengusahahasilan Hutan melibatkan aktiviti-aktiviti pengeluaran dokumen, pemantauan dan pengawalan serta penyediaan laporan penutup.  Semua dokumen pengusahahasilan hutan disediakan oleh jabatan kecuali Rancangan Mengusaha Hasil Hutan (RMH) yang disediakan oleh pemegang lesen.  Aktiviti pemantauan dan pengawalan serta penyediaan laporan penutup dilaksanakan sepenuhnya oleh kakitangan Jabatan.

Manakala aktiviti pemantauan dan pengawalan di matau IBK pula melibatkan semakan daftar kemasukan kayu bulat dan pembatalan Pas Pemindah.

(vii) Pengurusan Balai Pemeriksaan Hutan

Pengurusan Balai Pemeriksaan Hutan (BPH) melibatkan aktiviti semakan invois/akuan hasil hutan, taksiran royalti dan ses serta kawalan dan pengeluaran Pas Pemindah (Borang 8).

 (viii) Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) dan Penentuan Jenis Rawatan Silvikultur

Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) dilaksanakan bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai kedudukan stok, kandungan, keadaan dan taburan semua pokok besar, kayu jaras, anak pokok dan anak benih supaya dapat diketahui gambaran isi hutan yang sebenar selepas tebangan serta maklumat mengenai kewujudan pepanjat, bertam dan tumbuhan-tumbuhan lain.  Maklumat daripada inventori ini digunakan dalam menentukan keperluan Rawatan Silvikultur.  Aktiviti ini dijalankan secara Jabatan atau secara kontrak.

(ix.) Rawatan Silvikultur

Rawatan Silvikultur dilaksanakan untuk membantu pemulihan kawasan hutan HSK yang telah diusahasilkan  melalui aktiviti Tanaman Mengaya.  Aktiviti ini dijalankan secara Jabatan atau secara kontrak.

Kejayaan pelaksanaan 9 aktiviti di atas memerlukan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian yang rapi serta berkesan. Dalam hubungan ini, IPJPSM dan JPN memainkan peranan penting dalam memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.

 

Prosedur Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti

JPSM menyedia dan menyenggara sebanyak 26 prosedur kualiti yang terdiri daripada 15 Prosedur Kualiti (Proses) dan 11 Prosedur Kualiti (Sokongan).  Prosedur Kualiti (Proses) adalah seperti berikut:

Bil.

No. Rujukan Prosedur Kualiti

Nama Prosedur Kualiti

1.

PK(P)-HUTAN-01-CTT

Penetapan dan Pemantauan Catuan Tebangan Tahunan

2.

PK(P)-HUTAN-02-SEMPADAN(J)

Penandaan dan Pengesahan Sempadan Kawasan Kerja Secara Jabatan

3.

PK(P)-HUTAN-03-SEMPADAN(K)

Penandaan Sempadan Kawasan Kerja Secara Kontrak dan Pengesahan Sempadan

4.

PK(P)-HUTAN-04-PRE F(J)

Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) secara Jabatan dan Penentuan Had Batas Tebangan

5.

PK(P)-HUTAN-05-PRE F(K)

Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) secara Kontrak dan Penentuan Had Batas Tebangan

6.

PK(P)-HUTAN-06-TANDA POKOK(J)

Penandaan Pokok secara Jabatan

7.

PK(P)-HUTAN-07-TANDA POKOK(K)

Penandaan Pokok secara Kontrak

8.

PK(P)-HUTAN-08-USAHASIL.DOK

Pengeluaran Dokumen-dokumen Pengusahahasilan Hutan

9.

PK(P)-HUTAN-09-USAHASIL.KAWAL

Pemantauan dan Pengawalan Pengusahahasilan Hutan

10.

PK(P)-HUTAN-10-BPH

Balai Pemeriksaan Hutan dan Pembatalan Pas Pemindah Bagi Pengeluaran Kayu Bulat

11.

PK(P)-HUTAN-11-USAHASIL.TUTUP

Penyediaan Laporan Penutup Pengusahahasilan Hutan

12.

PK(P)-HUTAN-12-POSTF(J)

Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) secara Jabatan dan Penentuan Jenis Rawatan Silvikultur

13.

PK(P)-HUTAN-13-POSTF(K)

Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) secara Kontrak dan Penentuan Jenis Rawatan Silvikultur

14.

PK(P)-HUTAN-14-TANAM(J)

Tanaman Mengaya secara Jabatan

15.

PK(P)-HUTAN-15-TANAM(K)

Tanaman Mengaya secara Kontrak

Prosedur Kualiti (Sokongan) adalah seperti berikut:

Bil.

No. Rujukan Prosedur Kualiti

Nama Prosedur Kualiti

1.

PK(S)-HUTAN-01-DOKUMEN

Kawalan Dokumen

2.

PK(S)-HUTAN-02-REKOD

Kawalan Rekod Kualiti

3.

PK(S)-HUTAN-03-KSP

Kajian Semula Pengurusan

4.

PK(S)-HUTAN-04-LATIHAN

Pengurusan Latihan

5.

PK(S)-HUTAN-05-ADUAN

Pengendalian Aduan dan Maklum Balas Pelanggan

6.

PK(S)-HUTAN-06-AUDIT

Audit Dalaman

7.

PK(S)-HUTAN-07-KAWALAN

Kawalan Ke atas Produk, Bahan dan Perkhidmatan yang Tak Akur

8.

PK(S)-HUTAN-08 PEMBETULAN

Tindakan Pembetulan

9.

PK(S)-HUTAN-09-BTH

Perolehan Biji Benih dan Bahan Tanaman

10

PK(S)-HUTAN-10-INFRA

Penyelenggaraan Infrastruktur

11.

PK(S)-HUTAN-11-SIASAT.DAKWA

Penyediaan Rekod dan Laporan Statistik Pergerakan Kertas Siasatan dan Kes Pendakwaan

Search

Mengenai Kami
Keluaran Utama Hasil Hutan dan Penggunaannya