PENGARAH PERHUTANAN NEGERI KELANTAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera
“Selamat Datang” kepada semua pengunjung Laman Sesawang Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Laman Sesawang Rasmi JPNK ini merupakan salah satu media komunikasi penting JPNK bagi penyampaian maklumat dan aktiviti berkaitan pengurusan hutan di Negeri ini.
JPNK merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab kepada pengurusan, perancangan, dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia. JPNK sentiasa komited dalam memastikan misi jabatan untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara di capai.
Semoga segala maklumat yang disediakan dalam laman sesawang ini dapat meningkatkan kefahaman dan perkongsian maklumat terhadap pengurusan sumber hutan di Semenanjung Malaysia.
JPNK juga mengalu-alukan maklum balas daripada semua pihak bagi peningkatan perkhidmatan Jabatan.
Sekian, terima kasih.