Pola pokok-pokok yang berganda seperti yang digambarkan melalui susunan tiga pokok adalah bagi memaparkan pengurusan hutan yang terurus yang membolehkan pembangunan ekonomi yang mampan. Konfigurasi yang menaik memaparkan pengeluaran yang bertambah dan seterusnya mengukuhkan lagi keberkesanan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam usahanya untuk menzahirkan sistem pengurusan dan pemeliharaan hutan yang terus memberi manfaat kepada Negara dari segi ekonomi dan ekologi.
Untuk menguruskan sumber hutan negara secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar.
Untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan.
Untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan.
Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat hutan, air dan tanah, dan penggunaannya secara berkekalan.
Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang – kilang pemprosesan berasaskan keluaran hutan serta menambahkan aktiviti - aktiviti hiliran dengan nilai tambah yang tinggi.
Untuk memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan.
Untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat.
Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negara, pertukaran wang asing dan peluang – peluang pekerjaan
Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.
Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu data.gov.my telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa pada kedudukan ke-41 daripada 86 negara. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.
Kerajaan Negeri Kelantan menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan.
Majlis Perhutanan Negara telah meluluskan Dasar Perhutanan Negara pada tahun 1977 dan telah disahkan oleh Majlis Tanah Negara pada tahun 1978. Dasar ini telah dipinda pada November, 1992 bagi menangani isu-isu semasa yang telah dibangkitkan oleh masyarakat antarabangsa ke atas kepentingan pemeliharaan kepelbagaian biologi dan penggunaan sumber-sumber genetik dan juga peranan masyarakat tempatan ke atas pembangunan sumber-sumber genetik dan juga peranan masyarakat tempatan ke atas pembangunan hutan. Penerimaan Dasar Perhutanan negara ini akan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Kerajaan-kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam pembangunan sektor perhutanan. Aspek-akpek penting yang digariskan dalam Dasar Perhutanan Negara ialah:
Mengisytiharkan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) kawasan-kawasan yang mencukupi dan strategik di seluruh negara, berasaskan kepada konsep penggunaan tanah yang rasional. HSK diklasifikasikan di bawah empat fungsi utama dan akan diurus sebagai:
Menguruskan HSK supaya dapat memaksimumkan faedah-faedah sosial, ekonomi dan alam sekitar bagi kepentingan negara sejajar dengan prinsip-prinsip pengurusan secara berkekalan.
Melaksanakan program pembangunan hutan yang terancang melalui operasi pemeliharaan dan pemuliharaan hutan berasaskan amalan-amalan silvikultur yang sesuai.
Menggalakkan pengusahasilan serta penggunaan yang cekap dari kawasan hutan berhasil bagi faedah ekonomi yang maksimum bagi semua jenis keluaran hutan serta mengalakkan pembangunan perindustrian hutan bersesuaian dengan aliran sumber dan peluang-peluang pekerjaan.
Menggalakkan pembangunan perindustrian hutan yang terancang ke arah penghasilan barangan siap dan separuh siap yang mempunyai nilai tokok bagi kegunaan tempatan dan eksport.
Menggalakkan penyertaan bumiputra secara agresif dalam industri berasas kayu sejajar dengan dasar kerajaan.
Menubuhkan ladang hutan dari spesies-spesies tempatan dan luar negeri bagi menampung bekalan kayu dari hutan asli.
Meningkatkan penglibatan masyarakat tempatan secara aktif dalam pelbagai projek-projek pembangunan perhutanan dan mengekalkan penglibatan mereka dalam program-program hutan tani.
Meningkatkan keluaran hasil hutan bukan kayu melalui amalan-amalan pengurusan secara saintifik dan berkekalan bagi menampung permintaan tempatan serta keperluan industri-industri berkaitan.
Melaksanakan program latihan perhutanan yang komprehensif di semua peringkat sektor awam dan swasta bagi memastikan bilangan tenaga manusia terlatih mencukupi bagi memenuhi keperluan bidang perhutanan dan industri berasaskan kayu.
Menggalakkan pelaburan swasta dalam pembangunan hutan melalui penubuhan ladang hutan kawasan persendirian.
Mengendali dan menyokong program-program penyelidikan yang intensif dalam bidang perhutanan dan keluaran hutan bertujuan untuk meningkatkan faedah-faedah hutan secara maksimum.
Menggalakkan pendidikan dalam perhutanan dan mengendalikan perkhidmatan-perkhidmatan publisiti dan pengembangan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap pelbagai faedah hutan.
Memberi perlindungan kepada kepelbagaian biologi dan pengekalan kawasan yang mempunyai spesies flora dan fauna yang unik.
Membentuk satu program perhutanan masyarakat bagi menampung kehendak masyarakat di dalam dan di luar bandar.
Mengkhaskan kawasan khusus bagi pendidikan perhutanan dan kajian saintifik yang lain.
Menjalin kerjasama antarabangsa yang lebih erat dalam bidang perhutanan bagi mendapat faedah melalui pemindahan teknologi dan pertukaran maklumat saintifik.
Pemahaman Mengenai Pindaan Akta Perhutanan Negara 1984 Dan Implikasi Pelaksanaannya