Skip to main content

MENGENAI KAMI

AUDIT ISO 9001:2015

Pengenalan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) merupakan agensi yang bertanggungjawab mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber hutan di Semenanjung Malaysia. Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam Pengurusan Pengeluaran Kayu Bulat Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli Di Hutan Simpanan Kekal supaya dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa, kaedah dan peraturan-peraturan bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Skop Pelaksanaan

Dengan pelaksanaan SPK ini Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan komited dalam memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh pihak yang berkepentingan seperti KeTSA, Pihak Berkuasa Tempatan dan pelesen. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia percaya perkara ini dapat dicapai melalui penerapan budaya kerja yang memenuhi keperluan standard MS ISO 9001:2015 pada semua peringkat kakitangan dalam melaksanakan SPK yang berkesan dengan komitmen yang tinggi dari pengurusan atasan hingga ke peringkat bawahan.

Skop Pelaksanaan

SPK ini diguna pakai dan dilaksanakan di IPJPSM dan 7  Jabatan Perhutanan Negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Terengganu yang merupakan negeri-negeri pengeluar kayu utama di Semenanjung Malaysia. 5 Jabatan Perhutanan Negeri iaitu Selangor, Melaka, Perlis, Pulau Pinang serta 3 Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Labuan tidak termasuk dalam pensijilan ini kerana Jabatan Perhutanan Negeri di negeri-negeri tersebut tidak melaksanakan sepenuhnya aktiviti-aktiviti di bawah proses utama dalam pelaksanaan SPK JPSM ini.

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti
Aktiviti Proses Utama

Terdapat 9 aktiviti dalam proses utama SPK JPSM yang perlu dilaksanakan mengikut turutan seperti berikut:

(i) Penetapan dan Pemantauan Catuan Tebangan Tahunan

Keluasan kawasan yang diusaha hasilkan di dalam HSK adalah berdasarkan kepada Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang ditetapkan bagi setiap tempoh Rancangan Malaysia Lima Tahun.

(ii) Penandaan dan Pengesahan Sempadan Kawasan Kerja

Kawasan HSK yang akan diusaha hasil perlu ditanda dan disahkan sempadannya di lapangan.  Sijil Penandaan dan Pengesahan Sempadan dikeluarkan bagi menunjukkan bahawa sempadan kawasan kerja di lapangan telah ditanda dan disahkan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti susulan.  Aktiviti ini dijalankan secara Jabatan.

(iii) Penandaan dan Pengesahan Sempadan Kawasan Kerja Pengusahahasilan Hutan Secara Kontrak

Kawasan HSK yang akan diusaha hasil perlu ditanda dan disahkan sempadannya di lapangan.  Sijil Penandaan dan Pengesahan Sempadan dikeluarkan bagi menunjukkan bahawa sempadan kawasan kerja usaha hasil di lapangan telah ditanda dan disahkan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti susulan.  Aktiviti ini dijalankan secara kontrak.

(iv) Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) dan Penentuan Had Batas Tebangan

Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui kedudukan stok, kandungan, keadaan dan taburan semua pokok besar, kayu jaras, anak pokok dan anak benih supaya diketahui gambaran isi hutan yang sebenar. Maklumat daripada Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) akan digunakan untuk menetapkan had batas tebangan yang optimum.  Aktiviti ini dijalankan secara Jabatan atau secara kontrak.

(v) Penandaan Pokok

Penandaan Pokok dilaksanakan bertujuan untuk menetapkan pokok-pokok yang akan ditebang iaitu Pokok Tebangan, Pokok Jalan, Pokok Matau dan Pokok Kongsi serta pokok-pokok yang akan dikekalkan untuk tujuan pemeliharaan iaitu Pokok Ibu dan Pokok Perlindungan. Penandaan pokok untuk tebangan melibatkan penentuan arah tebangan supaya dapat mengurangkan kerosakan penebangan kepada dirian tinggal. Aktiviti ini dijalankan secara Jabatan atau secara kontrak.

(vi) Pengusahahasilan Hutan

Pengusahahasilan Hutan melibatkan aktiviti-aktiviti pengeluaran dokumen, pemantauan dan pengawalan serta penyediaan laporan penutup.  Semua dokumen pengusahahasilan hutan disediakan oleh jabatan kecuali Rancangan Mengusaha Hasil Hutan (RMH) yang disediakan oleh pemegang lesen.  Aktiviti pemantauan dan pengawalan serta penyediaan laporan penutup dilaksanakan sepenuhnya oleh kakitangan Jabatan.

Manakala aktiviti pemantauan dan pengawalan di matau IBK pula melibatkan semakan daftar kemasukan kayu bulat dan pembatalan Pas Pemindah.

(vii) Pengurusan Balai Pemeriksaan Hutan

Pengurusan Balai Pemeriksaan Hutan (BPH) melibatkan aktiviti semakan invois/akuan hasil hutan, taksiran royalti dan ses serta kawalan dan pengeluaran Pas Pemindah (Borang 8).

 (viii) Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) dan Penentuan Jenis Rawatan Silvikultur

Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) dilaksanakan bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai kedudukan stok, kandungan, keadaan dan taburan semua pokok besar, kayu jaras, anak pokok dan anak benih supaya dapat diketahui gambaran isi hutan yang sebenar selepas tebangan serta maklumat mengenai kewujudan pepanjat, bertam dan tumbuhan-tumbuhan lain.  Maklumat daripada inventori ini digunakan dalam menentukan keperluan Rawatan Silvikultur.  Aktiviti ini dijalankan secara Jabatan atau secara kontrak.

(ix.) Rawatan Silvikultur

Rawatan Silvikultur dilaksanakan untuk membantu pemulihan kawasan hutan HSK yang telah diusahasilkan  melalui aktiviti Tanaman Mengaya.  Aktiviti ini dijalankan secara Jabatan atau secara kontrak.

Kejayaan pelaksanaan 9 aktiviti di atas memerlukan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian yang rapi serta berkesan. Dalam hubungan ini, IPJPSM dan JPN memainkan peranan penting dalam memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.

Prosedur Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti

JPSM menyedia dan menyenggara sebanyak 26 prosedur kualiti yang terdiri daripada 15 Prosedur Kualiti (Proses) dan 11 Prosedur Kualiti (Sokongan). Prosedur Kualiti (Proses) adalah seperti berikut:

 

 

 

 

 

Read more …AUDIT ISO 9001:2015

  • Hits: 899

AUDIT MC & I

PENSIJILAN PENGURUSAN HUTAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Pensijilan pengurusan hutan adalah merupakan satu aktiviti yang penting di peringkat antarabangsa, khususnya dalam perdagangan produk-produk kayu-kayan. Ianya merupakan satu pengiktirafan sepenuhnya pematuhan kepada amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan ( PHSB) di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri-negeri Semenanjung Malaysia yang diuruskan untuk tujuan pengeluaran kayu-kayan.

Sungguhpun Pensijilan Pengurusan Hutan yang dilaksanakan kini lebih menjurus untuk memenuhi tuntutan dan kehendak pasaran pengguna antarabangsa (International Consumer Demand) dan penyertaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam Pensijilan Pengurusan Hutan pula adalah secara sukarela, namun penyertaan JPSM dan semua Jabatan Perhutanan Negeri dalam konteks ini adalah bertujuan untuk menzahirkan komitmen murni terhadap kepentingan pengekalan peranan dan sumbangan sumber hutan negara, terutamanya kawasan-kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) untuk dimanfaatkan oleh generasi masa kini dan masa hadapan.

Inisiatif ke arah Pensijilan Pengurusan Hutan mula dilaksanakan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1994 berdasarkan ITTO Criteria and Indicators For Sustainable Forest Management. Standard ini telah diuji pemakaiannya di negeri Pahang, Selangor dan Terengganu menerusi satu projek perintis kerjasama Malaysia – The Netherlands pada pertengahan tahun 1996. Hasil kajian projek perintis ini telah dibincangkan dalam beberapa forum yang diadakan pada tahun 1998 dan 1999. Beberapa faktor, pandangan atau perkembangan penting terhadap kriteria dan petunjuk telah diambilkira. Di antaranya termasuklah:

  • Penerimapakaian Dutch Minimum Standards oleh pihak The Netherlands sebagai standard pengurusan hutan yang baik;
  • Penerimapakaian ITTO Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management of Natural Tropical Forests, 1998 di Malaysia; dan
  • Hasil sesi-sesi rundingan di peringkat wilayah(region) dan nasional pada tahun 1999 untuk merumuskan satu standard bagi Pensijilan Pengurusan Hutan.

Output daripada perbincangan di forum-forum ini adalah penghasilan dokumen bertajuk Malaysian, Criteria, Indicators, Actitivies and Standards of Performance (MC&I) for Forest Management Certification (Forest Management Unit Level), Peninsular Malaysia bertarikh 23 Disember 1999. Dokumen Standard ini lebih dikenali sebagai MC&I (2001). Secara ringkasnya, standard yang dibangunkan tersebut adalah seperti berikut:

KRITERIA INDIKATOR AKTIVITI PRESTASI STANDARDS
6 29 87 247

Penilaian untuk pelaksanaan Pensijilan Pengurusan ini telah dilaksanakan di empat Jabatan Perhutanan Negeri iaitu Johor, Pahang, Selangor dan Johor pada tahun 2000. Pada 24 Julai 2000 Majlis Perhutanan Negara Ke 15 telah bersetuju dengan pelaksanaan pensijilan pengurusan hutan di Malaysia.

Pada tahun 2001, dokumen standard Malaysian Criteria, Indicators, Activities and Standards of Performance (MC&I) for Forest Management Certification (Forest Management Unit Level), Peninsular Malaysia atau lebih dikenali sebagai MC&I (2001) telah digubal bagi tujuan pensijilan ini. Pada tahun 2002 lima (5) FMU iaitu Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu telah berjaya memperolehi Sijil Pengurusan Hutan berdasarkan standard MC&I (2001) diikuti oleh Johor dan Kedah pada 2003 dan Kelantan pada 2004.

Dokumen standard MC&I (2001) ini telah dibuat beberapa penambahbaikan berdasarkan kepada Prinsip dan Kriteria Forest Stewardship Council (FSC) dan dikenali sebagai Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification atau ringkasnya MC&I (2002). Standard MC&I (2002) ini telah dikemaskini semula selaras dengan hasil daripada maklumbalas dan pengalaman pelaksanaannya di lapangan dan telah digantikan dengan Standard MC&I (Hutan Asli) di bawah Programme for The Endorsement of Forest Certification Schemes (PEFC) melalui Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) dan diguna pakai mulai Januari 2013. Setelah dibuat perubahan dan penambahbaikan, Standard MC&I (Hutan Asli) dapat dirumuskan seperti berikut:

PRINSIP KRITERIA INDIKATOR VERIFIER
9 47 97 307
  • Hits: 649

Pejabat Hutan Dan Jajahan


Pejabat Hutan Jajahan

Bertanggungjawab berkaitan pentadbiran di peringkat jajahan, pengawalan pengusahasilan hutan , kutipan hasil hutan dan penguatkuasaan undang – undang hutan di peringkat jajahan. Pejabat Hutan Jajahan sentiasa bekerjasama dengan bahagian operasi dan pembangunan hutan diperingkat Jabatan Perhutanan Negeri. Pejabat Hutan Jajahan (PHJ) diketuai oleh Pegawai Hutan Jajahan dan Renjer Hutan di bawah pentadbirannya. 

Read more …Pejabat Hutan Dan Jajahan

  • Hits: 1294

Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan


Bahagian ini bertanggungjawab dalam aspek – aspek pentadbiran, perkhidmatan kakitangan dan kewangan Jabatan seperti belanjawan tahunan dan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan, kutipan hasil hutan yang melibatkan premium, royalty, ses pembangunan hutan dan caj – caj lain. Tugas utama bahagian ini adalah seperti berikut :

  • Melaksanakan urusan berkaitan pentadbiran am Jabatan seperti perkhidmatan perjawatan, tindakan tatatertib dan kerjaya kakitangan.
  • Melaksanakan urusan berkaitan kewangan Jabatan seperti gaji dan elaun, anggaran belanjawan mengurus tahunan, pembelian barangan dan perkhidmatan, setor dan rekod serta audit dalaman.
  • Melaksanakan urusan berkaitan kutipan hasil yang perlu diselaraskan dengan Bendahari Negeri dalam perlesenan hasil hutan dan industri berasas kayu.

Read more …Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan

  • Hits: 1304