SPESIS HERBA (LANDSKAP LEMBUT)
S:Acalypha hispida C:Ekor Kucing |
S:Melastoma malabthricum L. C: Senduduk |
S:Blumea balsamifera C: Sembong
|
S: Gynora procumbens C:Sambung Nyawa |
S: Orthosiphon aristatus C: Misai Kucing |
S:Cinnamomuminers reinw C:Medang Teja |
S:Annona muricata C:Durian Belanda |
S:Foeniculum vulgare C: Adas |
S:Cananga odorata C: Kenanga |
S: Ocimum basilicum C: Selasih |
S: Ficus deltoidea C: Mas Cotek |
S: Alpinia Galanga C: Lengkuas |
S:Mariposa christia C: Rerama |
S:Citrus microcarpa C: Limau Kasturi |
S: Clinacanthus nutans C: Belalai Gajah |
S:Centella asiatica C: Pegaga |
S:Costus woodsonii C:Setawar Halia Merah |
S:Hibiscusrosa-sinensis C: Bunga Raya |
S:Morindacitrifolia C: Mengkudu |
S: Pandanus amaryllifolius C: Pandan Wangi |
S: Clitoria ternatea C: Bunga Telang |
S:Alternanthera Brasiliana‘Brazilian Red’ C: Alternanthera Red |
S: Citrus hystrix C: Limau Purut |
S: Momordica charantia C: Peria Katak |
S: Passiflora edulis C: Markisa |
S:Crinum asiaticum C: Tembaga Suasa |
S: Eurycoma longifolia C: Tongkat Ali |
S: Justicia gendarussa C: Ganda Rusa |
S: Labisia pumila Benth. C: Kacip Fatimah |
S:Cymbopogon citratus C: Serai |
S:Plectranthus amboinicus C: Bangun-bangun |
S:Thaumatococcus danielli C: Sweet prayer’s plant |
S: Piper betle C: Sireh |
S: Moringa oleifera C: Moringa |
S: Petrea volubilis C: Sandpaper Vine |
S: Pluchea indica C: Beluntas |
S: Hibiscus sabdariffa C: Roselle |
S:Alternanthera sissoo C: Bayam Brazil |
S: Syzygium aromaticum C: Cengkih |
S: Zingiber officinale C: Halia |
S: Phyllagathis rotundifolia C:Tapak Badak |
S:Piper sarmentosum C: Kaduk |
S:Epiphyllum hookeri C: Bakawali |
S: Kaemferia galangal C: Cekur |
S: Murraya paniculata C: Kemuning |
S:Pogostemon cablin C: Nilam |
S:Alpinia purpurata C: Halia Bara |
S: Persicaria minor C: Kesum |
S: Sansevieria trifasciata C: Lidah Mak Mertua |
S:Phaleria macrocarpa C: Mahkota Dewa |
S:Ocimum basilicum C: Selasih |
S:Synsepalum dulcificum C:Pokok Ajaib |
S:Curcuma longa C: Kunyit |
S: Murraya paniculata C: Kemuning |
S: Turnera subulata C: Pokok Pukul 8 |
S:Vallaris glabra C: Kesidang |
S: Piper nigrum C: Lada Hitam |
PENSIJILAN PENGURUSAN HUTAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Pensijilan pengurusan hutan adalah merupakan satu aktiviti yang penting di peringkat antarabangsa, khususnya dalam perdagangan produk-produk kayu-kayan. Ianya merupakan satu pengiktirafan sepenuhnya pematuhan kepada amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan ( PHSB) di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri-negeri Semenanjung Malaysia yang diuruskan untuk tujuan pengeluaran kayu-kayan.
Sungguhpun Pensijilan Pengurusan Hutan yang dilaksanakan kini lebih menjurus untuk memenuhi tuntutan dan kehendak pasaran pengguna antarabangsa (International Consumer Demand) dan penyertaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam Pensijilan Pengurusan Hutan pula adalah secara sukarela, namun penyertaan JPSM dan semua Jabatan Perhutanan Negeri dalam konteks ini adalah bertujuan untuk menzahirkan komitmen murni terhadap kepentingan pengekalan peranan dan sumbangan sumber hutan negara, terutamanya kawasan-kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) untuk dimanfaatkan oleh generasi masa kini dan masa hadapan.
Inisiatif ke arah Pensijilan Pengurusan Hutan mula dilaksanakan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1994 berdasarkan ITTO Criteria and Indicators For Sustainable Forest Management. Standard ini telah diuji pemakaiannya di negeri Pahang, Selangor dan Terengganu menerusi satu projek perintis kerjasama Malaysia – The Netherlands pada pertengahan tahun 1996. Hasil kajian projek perintis ini telah dibincangkan dalam beberapa forum yang diadakan pada tahun 1998 dan 1999. Beberapa faktor, pandangan atau perkembangan penting terhadap kriteria dan petunjuk telah diambilkira. Di antaranya termasuklah:
- Penerimapakaian Dutch Minimum Standards oleh pihak The Netherlands sebagai standard pengurusan hutan yang baik;
- Penerimapakaian ITTO Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management of Natural Tropical Forests, 1998 di Malaysia; dan
- Hasil sesi-sesi rundingan di peringkat wilayah(region) dan nasional pada tahun 1999 untuk merumuskan satu standard bagi Pensijilan Pengurusan Hutan.
Output daripada perbincangan di forum-forum ini adalah penghasilan dokumen bertajuk Malaysian, Criteria, Indicators, Actitivies and Standards of Performance (MC&I) for Forest Management Certification (Forest Management Unit Level), Peninsular Malaysia bertarikh 23 Disember 1999. Dokumen Standard ini lebih dikenali sebagai MC&I (2001). Secara ringkasnya, standard yang dibangunkan tersebut adalah seperti berikut:
KRITERIA | INDIKATOR | AKTIVITI | PRESTASI STANDARDS |
6 | 29 | 87 | 247 |
Penilaian untuk pelaksanaan Pensijilan Pengurusan ini telah dilaksanakan di empat Jabatan Perhutanan Negeri iaitu Johor, Pahang, Selangor dan Johor pada tahun 2000. Pada 24 Julai 2000 Majlis Perhutanan Negara Ke 15 telah bersetuju dengan pelaksanaan pensijilan pengurusan hutan di Malaysia.
Pada tahun 2001, dokumen standard Malaysian Criteria, Indicators, Activities and Standards of Performance (MC&I) for Forest Management Certification (Forest Management Unit Level), Peninsular Malaysia atau lebih dikenali sebagai MC&I (2001) telah digubal bagi tujuan pensijilan ini. Pada tahun 2002 lima (5) FMU iaitu Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu telah berjaya memperolehi Sijil Pengurusan Hutan berdasarkan standard MC&I (2001) diikuti oleh Johor dan Kedah pada 2003 dan Kelantan pada 2004.
Dokumen standard MC&I (2001) ini telah dibuat beberapa penambahbaikan berdasarkan kepada Prinsip dan Kriteria Forest Stewardship Council (FSC) dan dikenali sebagai Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification atau ringkasnya MC&I (2002). Standard MC&I (2002) ini telah dikemaskini semula selaras dengan hasil daripada maklumbalas dan pengalaman pelaksanaannya di lapangan dan telah digantikan dengan Standard MC&I (Hutan Asli) di bawah Programme for The Endorsement of Forest Certification Schemes (PEFC) melalui Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) dan diguna pakai mulai Januari 2013. Setelah dibuat perubahan dan penambahbaikan, Standard MC&I (Hutan Asli) dapat dirumuskan seperti berikut:
PRINSIP | KRITERIA | INDIKATOR | VERIFIER |
9 | 47 | 97 | 307 |
Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan
Nama | Haji Mohd Ridzuan Bin Sulaiman |
Jawatan | Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) |
E-mel | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Telefon | 09-748 1957 |
Faks | 09-747 328 |
Lagu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Dalam usaha untuk mencetus semangat patriotisme kepada negara dan meningkatkan mutu profesionalisme di kalangan kakitangan Jabatan, JPSM telah mencipta satu lagu Jabatan yang bertajuk Warisan Hijau. Lagu ini telah dicipta oleh s.Omar Osman dan liriknya ditulis oleh Hj. Mat Salledh bin Tambong, Pengarah Perhutanan Negeri Johor pada tahun 1993.
Warisan Hijau
Kau tumbuh menghijau
Melindungi gunung dan danau
Warisan tanahairku
Berbangga segala jasamu
Sejuknya terasa
Hembusan bayu yang nyaman
Gagah tegak berdiri
Terunggul Sekitar alam
Bersama selamatkan hutan
Bersama menjaga indahnya
Warisan hijau masa hadapan
Kekal selamanya
Inilah wawasan
Meresap ke sanubari
Usaha terus membara
Hutan nikmat Ilahi
RASIONAL LOGO
Pola pokok-pokok yang berganda seperti yang digambarkan melalui susunan tiga pokok adalah bagi memaparkan pengurusan hutan yang terurus yang membolehkan pembangunan ekonomi yang mampan. Konfigurasi yang menaik memaparkan pengeluaran yang bertambah dan seterusnya mengukuhkan lagi keberkesanan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam usahanya untuk menzahirkan sistem pengurusan dan pemeliharaan hutan yang terus memberi manfaat kepada Negara dari segi ekonomi dan ekologi.